Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran
Pakar yang menilai
kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian
terhadap kemungkinan berlakunya kerosakan otak
seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated
), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan
sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut
mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan
dengan faktor baka.
Pakar kanak -kanak
telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh
menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin
menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan
perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak
-kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar
mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu
bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan
panjang lebar dalam bab ini.
Sewaktu melakukan
pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau
pendengaran , kekok tangan masalah sawan , gangguan
pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan
jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika
disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan.
penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya
pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit ,
doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
Kini , bilangan
yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang
mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi
perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini
perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang
terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan
membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi
pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan
atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.
Kanak -kanak yang
mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan
diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam
sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat
mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin
boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian
tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya
inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam
sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
Masalah membaca
Kadang kala ,
terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya.
Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham
makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu
diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia
dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara
untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak
-kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di
rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang
mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini
perlu diperbaiki. Kanak -kanak ini boleh mendapat
manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang
berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu
sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau
menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak
-kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku
juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan
gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong.
Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya
sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca
sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran.
Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording
) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )
Keupayaan membaca
dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat
pertama ialah peringkat dimana dia sendiri gemar
menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada
peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara
merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja
sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia
sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang
dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah
mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula
mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut.
Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya
sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya
ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami
apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut
lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk
memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas
sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang
sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat
menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat
mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah. Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya,
prestasi akademiknya juga akan turut
terjejas.
Kadangkala , terdapat
kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam
buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan
jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa
yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa
untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang
dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca
secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang
hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham
apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu
perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan.
Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana
terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula
dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
Oleh kerana
masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan
si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain
dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan
dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya
, peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta
motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh
orang sekelilingnya.
Kanak -kanak hiperaktif
Kanak -kanak
hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang
singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan
arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan
displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah
pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak
boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak
-kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat.
Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan
dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan
gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia
tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
Adakalanya , kanak
-kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana
sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana
sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk
modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan
yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru
perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat
atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa.
Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang
bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program
pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Kekekokan
Ada juga kanak-kanak
yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat
menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini
memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya.
Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh
gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat
yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh
meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali,
dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
Gangguan Emosi
Gangguan emosi boleh
menyebabkan seseorang kanak-kanak itu tidak maju
didalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat
menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti
sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan
emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara
mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..
Sebelum itu dia
merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di
sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga
dan sedang berura-ura untuk berpisah. Ini telah menimbulkan
suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh
tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti
supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah
emosinya.
Kaunseling memerlukan
penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang
sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering
berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan
yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri
kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.
Strategi-strategi
bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya.
Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif
(hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa
langkah-langkah intervensi yang sewajarnya. Sebaliknya, adalah
lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah
kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan
latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam
pelajaran mereka.
Tanggungjawab untuk
membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu
para profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu
mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut
latihan-latihan khas dirumah.
(Sumber: Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan)
No comments:
Post a Comment