PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
Definisi
Kanak-kanak
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah
dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh
dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:-
Kebolehan
Kognitif
Tingkah
Laku Sosial / Perkembangan Sosial
Pengguasan
Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
Keupayaan
Membaca
Kemahiran
Perkembagan (Development Skills)
Kemahiran
Matematik
Antara
kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Lembam
( akibat kecacatan otak)
Autistik
Dowm
Sindrom
Terencat
Akal Ringan
Terencat
Akal Sederhana
Hiper
Aktif
Hipo
Aktif
Cerebral
Palsy
Emosi
/ Tingkah Laku
Pertuturan
Epilepsi
Pelbagai
Kecacatan
Objektif
Setiap
Kanak-Kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan
mereka:-
Menguasai
kemahiran berkomunikasi
Menguasai
kemahiran bergaul
Mengetahui
dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling
Menjaga
keselamatan dan keselamatan diri
Menguruskan
hal-hal berkaitan kehidupan seharian
Mempunyai
keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
Melibatkan
diri dalam kegiatan rekreasi
Memahami
keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
Menghayati
dan mengamalkan nilai-nilai murni
Mengembangkan
potesni, bakat dan daya kreatif dan intelek
Membolehkan
murid melakukan praktis asas dan dapat menjalankan kerja dengan sendiri.
Adakah
Anak Anda Mempunyai Ciri-Ciri Berikut?
Ciri-ciri
Fizikal
Kanak-Kanak
yang mempunyai tahap keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor
organik adalah lebih kecil bentuk badan, berat badan dan koordinasi motor.
Kanak-kanak ini tidak banyak beza daripada kanak-kanak biasa.
Ciri-ciri
Intelek
Mempunyai
daya ingatan rendah dan penguasan kebolehan terhad dalam bidang generilisasi
bahasa. Kesulitan dalam pengamatan dan memahami konsep serta daya kreatif
rendah
Hanya
dapat dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8
tahun atau lebih.
Ciri-Ciri
Tingkah Laku
Mempunyai
bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu
Mudah
Kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang kali hasil daripada
pengharapan masyarat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur mereka
Sikap
dan nilai sosial kanak-kanak tidak selaras dengan tingkah laku murid-murid
biasa.
Minat
kanak-kanak ini adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang
sama dengan mereka.
Sila
Dapatkan Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas:-
Jabatan
Pelajaran Negeri-Negeri
Sekolah-Sekolah
yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Hospital-Hospital
Kerajaan dan
Jabatan
Kebajikan Masyarakat
Perkhidmatan
Yang Diberikan
Program
Pendidikan Khas di sekolah-sekolah yang di buka oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia
Program-Program
atau Pusat Asuhan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
Badan-badan
Perseorangan atau NGO yang berdaftar dengan Kemneterian berkaitan.
Keistimewaan
Berdaftar Dengan Pendidikan Khas
Pendidikan
percuma di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
Kelebihan
apabila layak menduduki Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
Bantuan
Orang Kurang Upaya
Potongan
tambang pengangkutan awam
Potongan
sewaan penggunaan telefon apabila memenuhi syarat umur (Sila dapatkan
penjelasan dari Kementerian-Kementerian berkaitan)
(Sumber
Unit Pendidikan Khas JPN Wilayah Persekutuan)
No comments:
Post a Comment