7
Kaedah Mendidik Anak Cemerlang – Dr. Fadzilah Kamsah
Kaedah dalam mendidik anak-anak supaya
cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan
kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza
antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji
Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak
cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu
dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran
rumah tangga, kewangan, teknikal
dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat
tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah
kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana
haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14
tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri
tanggungjawab.
Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah
dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka
selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa
memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu
bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka
terkawal.
Pesanan dan arahan
merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W.
Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat
bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali
pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa
jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak,
anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya
mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara
bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
o Mengenai solat di awal waktu
o Adab dengan orang tua-tua
o Adab dengan guru
o Adab dengan kawan-kawan
o Tugas harian di rumah
o Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
o Tatacara makan mengikut sunnah nabi
o Cara belajar yang berkesan
o Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar
dari rumah
o Keselamatan jalan raya
o Tanggungjawab melindungi adik-adik.
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak
dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi
dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak
langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan
menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat
dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di
minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada
kemahiran pencerita.
Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang
ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda
mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil
tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka.
Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa,
keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan
sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua
persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada
soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa
hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh
anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan
yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak
ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat
anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka
yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang
tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
Pengalaman yang positif boleh dijadikan
teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok
dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini
kerana pengalaman ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita
sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Pengalaman anak-anak
itu juga penting. Kaitkan apa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit
yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka
kecapi.
Berilah nasihat dan
teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan,
suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan
kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat
setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada
ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau
tunduk.
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda
bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah
untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun
bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati
mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa
gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak
yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan
bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih
penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain
dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis
bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis
ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh
menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara
praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasulullah S.A.W.
Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan
berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri di antaranya
:-
a.
Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada
anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan
kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang
lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak
salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering
dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai
pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b.
Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut
usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab
yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka
meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan
kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun
jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Sumber:
Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh
Noraishah Ismail dalam Saiful Bahri Mohd
Mahfuz)
No comments:
Post a Comment