JellyPages.com

Friday, 2 August 2013

Info

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog .........
Selamat meneruskan ibadah puasa dan selamat menyambut Aidil Fitri yang bakal tiba beberapa hari lagi, insyaAllah kepada semua muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekelian. Dah lama tak tulis blog nih .... tetiba teringat pulak nak menulis untuk sama-sama kita kongsi maklumat tentang kesihatan .... terutama kesihatan mental tambah-tambah lagi macam saya ni yang masih meneruskan pengajian .......Di sini saya nak kongsi dengan pembaca semua tentang satu produk baru yang boleh membantu meningkatkan kecerdasan dan prestasi mental. Produk ini tercipta hasil penyelidikan seorang bekas pakar dalam bidang farmakologi, Perubatan UKM yang saya kenal .......

Pomegranate Berries Drink yang diberi nama Qaseh Beauty hasil formulasi seorang ahli farmasi berpengalaman dan bekas pakar farmakologi, Perubatan UKM Dr, Shahimi Bin Mustapha.

Health/ Kesihatan
Qaseh Beauty
Pomegranate Berries Drink/Minuman Delima Beri
Kaya dengan vitamin dan nutrien, minuman Delima Beri adalah campuran antioksidan yang terbaik daripada buah delima, ekstrak epal, esktrak biji anggur, kolagen dan buah beri untuk kehidupan yang lebih sihat.

Kesihatan
- Membantu melambatkan proses penuaan sel-sel seterusnya
  memperlahan kseseluruhan proses penuaan 
- Membantu menghalang jangkitan selsema, melancarkan saluran
  pernafasan, menjadikan kulit lebih anjal, lembab dan cerah
- Membantu merangsang sistem imunisasi
- Membantu mengurangkan selulit
- Membantu memperbaiki masalah katarak
- Membantu meningkatkan kecerdasan dan prestasi mental
- Membantu meningkatkan kadar metabolisma
- Membantu pengidap osteoarthritis osteopoorosis
- Membantu menguatkan otot jantung, wajah dan faraj
- Membantu penyingkiran toksin, mengurangkan radang dan alahan
- Membantu pesakit darah tinggi
- Membantu menstabilkan peredaran darah
- Membantu pencegahan awal kanser

Penggunaan yang disyorkan:
2 paket setiap hari. Minum 1 paket setiap pagi sebelum sarapan dan 1 paket pada waktu malam selepas makan malam.

Penyediaan:
Campurkan satu paket Delima Beri ke dalam 250 ml air suam dan kacau rata.




Monday, 8 July 2013


PRODUK KESIHATAN UNTUK KESIHATAN SEKELUARGA

Kini di pasaran !!!!!!!

Dapatkan produk kesihatan dan kecantikan kulit terkini " Apple Stem Cell Serum dan Qaseh Beauty" di pasaran keluaran Syarikat Rizreni, yang diasaskan oleh Dr Shahimi Mustapha, ahli farmasi berpengalaman dan bekas Prof Madya Farmakologi, Fakulti Perubatan UKM.


Info Terkini

Apple Stem Cells Serum

Maklumat Sel Stem (Stem cells)
Stem cells berbeza dengan sel lain kerana ia berupaya untuk berganda dan memperbaharui dirinya sendiri serta menghasilkan pelbagai jenis sel dengan fungsi tersendiri. Kajian stem cells tumbuhan telah membawa kepada penemuan stem cells epal yang berkesan untuk memperbaiki sel manusia. 


Maklumat Sel Stem (Stem cells)
Stem cells berbeza dengan sel lain kerana ia berupaya untuk berganda dan memperbaharui dirinya sendiri serta menghasilkan pelbagai jenis sel dengan fungsi tersendiri. Kajian stem cells tumbuhan telah membawa kepada penemuan stem cells epal yang berkesan untuk memperbaiki sel manusia.

       
Apple Stem Cell Serum
                                                                        10 ml RM 65.00
                                                                         30 ml RM 160.00          
Apple Stem Cell Serum yang dikeluarkaan oleh Rizreni dapat meningkatkan dan membaikpulih kandungan kolagen dan seterusnya menganjalkan kulit yang kendur dan berkedut. Hasilnya, garis-garis halus pada muka dan kedutan tepi mata dapat dikurangkan. Ia juga berkesan mengurangkan "puffy eyes" dan "eye bag".

Cara guna Apple Stem Cells Serum Rizreni:
Disarankan penggunaan pada waktu pagi dan dipakai sebelum menyapu sunscreen. Serum ini boleh digunakan di seluruh muka termasuk di keliling mata. Dengan cara ini, serum juga boleh membantu meningkatkan perlindungan kulit terhadap sinar matahari.
Apple Stem Cells Serum  Rizreni selamat dan suci dan boleh digunakan beberapa kali sehari dan pada bila bila masa. Serum ini juga tidak mengandungi pewangi dan bahan yang memudaratkan kulit.

Kebaikan Stem Cells daripada Buah Epal:
1 Melindung stem cell daripada kerosakan akibat matahari.
2 Meningkatkan aktiviti sel.
3 Mengurangkan sebatian dalam fibroblast yang menggalak penuaan.
4 Meningkatkan jangka hayat folikel rambut.
5 Mengurangkan kedut kulit
6. Melambatkan penuaan sel-sel penting.
7 Melindung stem cell yang terdapat dikulit
8 Rejuvenasi kulit dan kulit keliihatan lebih ceria dan sihat

Qaseh Beauty (kolagen)
Email
Produk ini mengandungi kolagen ikan, delima, grape seed, ekstrak epal dan pelbagai jenis beri seperti strawberi, Acai beri dll. Baik untuk kesihatan badan dan kecantikan kulit di samping boleh membantu untuk menurunkan berat badan.

    Qaseh Beauty 1 kotak RM 43.00

BeauTea Colostrum

Email
Minuman pracampuran dengan khasiat kolostrum (susu awal lembu) dan teh yang dapat meningkatkan keupayaan badan melawan ancaman penyakit. Sesuai diminum seisi keluarga.





















 
                        Beau Tea Colostrum 1 kotak RM 35.00

       Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya Puan Hamidah 019-5772448.




Tuesday, 4 December 2012


KENALI ANAK ANDA


Ramai ibu bapa yang beranggapan bahawa kelas Pendidikan Khas adalah khusus untuk anak-anak cacat fizikal atau mental sahaja. Sebenarnya tanggapan ini salah!.

Sebenarnya selain daripada menempatkan anak-anak yang mempunyai kecacatan fizikal dan mental yang minima, Kelas Pendidikan Khas juga bertanggungjawab mendidik murid-murid yang secara fizikalnya normal tetapi lemah dalam pembelajaran (lembam). Apabila salah tanggapan ini tidak diperbetulkan maka anak-anak lah yang akan jadi mangsa.

Ini kerana anak-anak yang berkeperluan khas ini apabila terus belajar di kelas perdana, mereka akan jauh ketinggalan kerana anak-anak ini tidak mampu bersaing dengan rakan rakan sebaya mereka.
 

Kanak-kanak berkeperluan khas
"Individuals who differ from soceital or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical,sensory,cognitif,or behavioral caracteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs." [Garciulo (2003)]

McDonnell et al (1995) mengklasifikasikan pelajar-pelajar berkeperluan khas kepada rencatan akal, gangguan tingkah laku,autisme,gangguan pembelajaran,kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan kesihatan yang lain. Ada juga di kalangan kanak-kanak istimewa ini mempunyai gangguan yang pelbagai (sebagai contoh, rencatan akal dan gengguan tingkah laku)

Gargiulo M.R pula mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas kepada sembilan kategori iaitu:-

1. Terencat akal (Mental Retardation)
2. Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disability)
3. Kecelaruan emosi dan tingkah laku ( Emotional or behavioral disorders)
4. Pintar cerdas dan berbakat (Gifted and talented)
5. Masalah bahasa dan pertuturan ( Speech and language disoders)
6. Masalah pendengaran (Hearing Impairment)
7. Masalah penglihatan (Visual Impairment)
8. Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum Disorder)
9. Kurang upaya Fizikal atau masalah kesihatan ( Physical or health disability)
Masalah Pembelajaran
Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:-

1. Sindrom Down
2. Autisme ringan
3. Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disoders/ADHD)
4. Terencat akal minima
5. Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disability)
6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus ( Contoh : Disleksia)

Ibu bapa yang peka dan prihatin terhadap masalah anak-anak sudah tentulah tidak mahu anak-anak mereka jauh tertinggal dalam pelajaran. Oleh itu sekiranya ada anak-anak yang mempunyai ciri-ciri di atas, adalah lebih baik membawa anak anda menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Kerajaan bagi mengesahkan Ketidakupayaan anak-anak anda.

Banyak keistimewaan yang anak-anak istimewa ini akan perolehi. Jangan dipersiakan hidup anak-anak berkeperluan khas ini. Keegoan ibu bapa akan memalapkan masa depan anak-anak istimewa ini.
(Sumber: catatan cikgu Shamsul Anuar Bin Md Ali, SK Taman Permai Sepang Putera, Sepang Selangor) 

Saya tidak pintar tapi bolehkah saya mempunyai anak pintar...???


Menurut kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah:
Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak adalah cara kita merangsang mereka. Sebagai ibu bapa seharusnya mempunyai misi yang jelas untuk menanam tekad bagi membentuk masa depan anak.

Melalui kenyataan beliau itu kita dapat tahu bahawa kepintaran anak-anak boleh dirangsang.


( Sumber: Ana Isa, Melaka )


MOTIVASI - DR. FADZILAH KAMSAH



“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah 

7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang – Dr. Fadzilah Kamsah
Kaedah dalam mendidik anak-anak supaya cemerlang sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Menurut Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.
Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:
Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.
Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.
Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.
Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
o    Mengenai solat di awal waktu
o    Adab dengan orang tua-tua
o    Adab dengan guru
o    Adab dengan kawan-kawan
o    Tugas harian di rumah
o    Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
o    Tatacara makan mengikut sunnah nabi
o    Cara belajar yang berkesan
o    Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
o    Keselamatan jalan raya
o    Tanggungjawab melindungi adik-adik.
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.
Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalaman ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasulullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri di antaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.
Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail  dalam Saiful Bahri Mohd Mahfuz)



Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran  perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya  kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.
Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.
Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran  , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
 Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.
Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
Masalah membaca  
Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak  ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.
Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )
Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah  peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas  maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah.  Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.         
Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
 Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.
Kanak -kanak hiperaktif 
Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
Kekekokan 
Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
Gangguan Emosi 
Gangguan emosi boleh menyebabkan  seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..
 Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah.  Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya. 
Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya. Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.
Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya.  Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka.
Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.
(Sumber: Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan)