JellyPages.com

Tuesday, 20 November 2012


   TEKNOLOGI CANGGIH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
ABAD ABAD KE - 21



                                         Apakah yang akan terjadi seterusnya jika situasi ini 
                                         benar-benar wujud suatu hari nanti ?






Projek ini telah diwujudkan untuk memberi inspirasi kepada guru-guru untuk menggunakan teknologi dalam melibatkan cara-cara untuk membantu pelajar membangunkan kemahiran berfikir peringkat yang lebih tinggi. Tidak kurang pentingnya, ia berperanan untuk memberi motivasi kepada para pemimpin peringkat daerah untuk menyediakan guru-guru dengan alat-alat dan latihan untuk berbuat demikian. (Sumber youtube)

Thursday, 15 November 2012

Minda Kanak-kanak Autisme lebih Tajam?




KUALA LUMPUR 14 Julai - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran mendapati kanak-kanak autistik (menderitai autisme) mempunyai ketajaman minda yang lebih hebat berbanding kanak-kanak normal.

Penolong Pengarahnya, Abdul Rahaman Mohd. Darus berkata, berdasarkan pengalaman beliau menguruskan golongan terbabit, mereka didapati mampu mempelajari dan mengingati perkara yang mereka minati dengan cekap dan cepat tanpa sebarang bantuan daripada tenaga pengajar.

"Saya pernah menemui seorang kanak-kanak autistik berbangsa Cina yang berumur 12 tahun, mampu menulis lima baris doa harian yang tertulis pada dinding sebuah kelas Pendidikan Islam dengan lengkap baris tajwidnya tanpa diberi latihan khusus.

"Kami hanya menyedari kelebihan kanak-kanak itu selepas tiga tahun beliau secara rutin melintasi kelas Pendidikan Islam tersebut untuk menghadiri kelas pendidikan moral yang bersebelahan dengannya," katanya selepas majlis perasmian Seminar Mempertingkatkan Kesedaran bagi Kanak-kanak Autisme di sini semalam.

Namun begitu, beliau berkata, kelemahan komunikasi golongan autistik adalah punca ibu bapa mereka gagal mencungkil kebolehan yang tersembunyi itu.

Katanya, minda golongan autistik boleh menyerap perkara tertentu yang berlaku di sekeliling mereka dengan cepat walaupun secara zahirnya mereka kelihatan seolah-olah dalam kebingungan.

Bagaimanapun, Abdul Rahaman berkata, golongan itu lebih suka berada dalam dunianya sendiri dan degil untuk berkomunikasi dengan masyarakat menyebabkan mereka dianggap membebankan dan berpenyakit bagi sesetengah pihak.

"Apa yang lebih merisaukan ialah jika golongan autistik ini tidak dilatih dengan betul, mereka
berkemungkinan akan hilang tumpuan kepada semua perkara yang ada di keliling mereka," katanya.

Oleh itu, katanya, ibu bapa diharap dapat mendaftarkan anak-anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran agar mereka dapat dilatih untuk berkomunikasi secara normal.

Sementara itu, Pengerusi Yayasan Amal Wangsa, Datin Sri Siti Nooriah Ana Razak berkata, kehadiran pakar-pakar dari Kementerian Pelajaran diharapkan berupaya membantu golongan terbabit.

Beliau berkata, seminar seperti itu membolehkan ibu bapa mengetahui cara yang lebih efektif untuk membimbing anak-anak autistik.

Golongan autistik mula dikesan sejak tahun 1960-an dan didapati kanak-kanak golongan ini mempunyai pemikiran yang lebih tajam berbanding kanak-kanak biasa serta mempunyai bakat yang tersendiri seperti melukis, fotografi serta menyanyi.
- Bernama

apa itu AUTISME ?



Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma ‘Autism Spectrum Disorder’).
Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:
  • Autistic disorder” (juga dikenali sebagai “Klasik” Autisme)
  • Sindrom Asperger” (juga dikenali sebagai “Atypical Autism”)
  • Pervasive Developmental Disorder” (tiada spesifikasi tertentu)
*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta memaksimumkan keupayaan pembelajaran.

Tanda-tanda bagi Autisme.

Terdapat 3 jenis kelakuan pada karakter kanak-kanak Autisme:


1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.


2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.


3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain. Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti diri ‘saya’. Selain dari itu, kanak-kanak autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Wednesday, 14 November 2012

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

                                                       


KATA IMAM AL-GHAZALI: " yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, 
yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu membuat DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH dan yang paling indah itu bila kita SALING MEMAAFKAN SESAMA INSAN".

'SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1434 H'

MUDAH-MUDAHAN DI TAHUN BARU INI PERJALANAN HIDUP KITA SEMUA AKAN DIPERMUDAHKAN DAN MENDAPAT LEBIH KEBERKATAN SERTA KEREDHAAN ALLAH SWT. AMIN..........

Saturday, 10 November 2012


 Info Islamic

Mengapa perlu solat di awal waktu ?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang sedang sakit perut kelihatan ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. 
  
Tiga Jenis Makanan Genius
                                                                      
   Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formulaini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh
kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,
mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin
hafal,hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.
Sangat merbahaya!
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan
ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah
mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga
unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan
untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang
paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar
kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu
boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan berdoa serta bersolawat.



Thursday, 8 November 2012


PROGRAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF BAGI MURID SLOW LEANER MENGGUNAKAN KAEDAH VAKT DAN TEKNIK LATIH TUBI





      Huruf-huruf yang telah dibentuk oleh murid

        


PERSEMBAHAN NASYID MAHRAJAN KESENIAN ISLAM
PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH
 TAHUN 2012


     Pada hari Khamis yang lepas ( 08 Nov 2012) di daerahku diadakan pertandingan nasyid Mahrajan Kesenian Islam Pendidikan Khas Peringkat Daerah. Anak-anak didikku telah mengambil bahagian dalam  pertandingan tersebut. Dengan izin Yang Maha Esa tak disangka-sangka mereka telah memenangi pertandingan tersebut dengan mendapat Tempat Kedua. Alhamdulillah kami guru-guru Pendidikan Khas sangat-sangat bersyukur di atas anugerah tersebut. Harapanku semoga di masa yang akan datang mereka akan menjadi Johan.



Bergambar bersama guru pengiring .......







Hak Istimewa Pemegang Kad OKU




Hak Istimewa Pemegang Kad OKU
Kad OKU ini hanya boleh diperoleh dengan mendaftarkan diri di Pejabat JKM Daerah di tempat tinggal OKU berkenaan dengan perakuan doktor. Kad terbahagi kepada enam jenis warna mengikut kategori ketidakupayaan iaitu penglihatan (biru), pendengaran (ungu), fizikal (hijau), cerebral palsy (merah),masalah pembelajaran (kuning) dan lain-lain (oren).

Tujuan pendaftaran dengan JKM adalah untuk mengumpul data atau statistik bagi maksud perancangan perkhidmatan atau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Walaupun pendaftaran adalah atas dasar sukarela, ia seharusnya digalakkan bagi OKU mendapatkan segala kemudahan dan insentif yang disediakan bukan sahaja oleh pihak kerajaan, tetapi juga swasta.
Text Color
Keistimewaan kepada OKU

1) Pelbagai keistimewaan yang disediakan kementerian dan agensinya untuk OKU akan mudah disalurkan kepada OKU yang berdaftar. Umpamanya Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan program khas kepada kanak-kanak daripada kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi di sekolah biasa.

2) Pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran.

3) Bagi pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mereka diberi elaun khas bulanan sebanyak RM300. Kemudahan ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Penggajian Tinggi.

4) Pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan sekolah menengah pula diberikan elaun sebanyak RM150 sebulan. Kemudahan ini di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas.

5) Jabatan Tenaga Kerja menggalakkan pihak swasta menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan OKU melalui Jawatankuasa Penggalakkan Penggajian Orang Kurang Upaya di sektor swasta.

6) Pengecualian cukai jalan

Menurut JKM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga menyediakan kemudahan pengecualian cukai jalan bagi orang kurang upaya fizikal yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan tempatan mulai tahun 2004.Insentif pengangkutan

Malaysian Airlines System Bhd. (MAS) yang memberi tambang murah sehingga 50 peratus bagi penerbangan dalam negeri.

Keretapi Tanah Melayu Berhad – Tambang konsesi sehingga 50% bagi semua kelas perjalanan.

Syarikat bas Transnasional - Konsesi 50 peratus dari harga tambang

RapidKL memberi kemudahan tambang percuma kepada golongan kurang upaya.
7) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Kemudahan menyewa rumah-rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan pengurangan kadar sewa.

8) Syarikat Perumahan Nasional Negara (SPNB) - Diskaun sebanyak 20 peratus kepada golongan OKU berpendapatan rendah untuk memperoleh rumah kos rendah dan sederhana.

9) Pengecualian bayaran rawatan di hospital atau pusat perubatan awam di negara ini.

10) Pengecualian bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (pasport antarabangsa).



Monday, 5 November 2012


PROGRAM BERKUNJUNG KE RUMAH GURU SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA







    Pada hari Khamis yang lepas, murid-murid Pendidikan Khas sekolahku pergi berkunjung ke rumah guru-guru sempena Hari Raya Aidil Adha. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari. Program seperti ini diadakan pada setiap tahun sambungan daripada program Hari raya Aidil Fitri yang lalu. Murid-murid ini dibawa mengunjungi ke setiap rumah guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Mereka dihidangkan dengan menu untuk sarapan pagi dan makan tengah hari. 
                                                                              
               


                                                                Makan apa tu ..... ?




Seronoknya  ........ maklumlah dapat datang ke rumah cikgu .....




Habis makan berposing pulak mereka .....



Sibuk melayan telatah anak didik ...



Senyuman ikhlas seorang guru ....



Giliran cikgu pulak makan ......


 

Antara juadah yang dihidangkan...



Dah kenyang apa lagi .... releks le .......









PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Mari Belajar Jawi/Al-Quran


Bidang : Pendidikan Islam - Kerohanian dan Nilai

Jenis Ketidakupayaan : Masalah Pembelajaran

Jenis Objek :  Bahan maujud (pasir)

Peringkat Pendidikan: Rendah Tahap 1

Aras : 2 Sederhana

Domain : Kognitif






Mengenal huruf - melakar pasir




Bahagian Al- Quran

Bidang: Pendidikan Islam - Kerohanian Dan Nilai Murni

Jenis Ketidakupayaan: Masalah Pembelajaran

Jenis Objek: Video

Peringkat Pendidikan: Rendah Tahap 1

Aras: 2 Sederhana

Kognitif: Kognitif



Lagu Alif, Ba, Ta


Bahagian Ibadah

Cara Berwuduk


Bidang: Pendidikan Islam - Kerohanian Dan Nilai Murni

Jenis Ketidakupayaan: Masalah Pembelajaran

Jenis Objek: Video

Peringkat Pendidikan: Rendah Tahap 2

Aras: 2 Sederhana

Kognitif: Kognitif


Deskripsi :

1. Guru menayangkan video cara mengambil wuduk dengan betul mengikut urutan 
sambil menerangkan tingkah laku terlibat.

2. Guru membimbing murid membaca niat dengan betul.

        

            Cara berwuduk - membasuh 
            tapak tangan


             Cara berwuduk - berkumur-
             kumur


              Cara berwuduk - memasukkan 
              air ke hidung


              Cara berwuduk - membasuh muka

    
           Cara berwuduk - membasuh tangan
           hingga ke siku


               Cara berwuduk - menyapu 
               kepala
             


               Cara berwuduk - membasuh 
               telinga


             Cara berwuduk - membasuh kaki
             hingga ke buku lali