JellyPages.com

Tuesday, 30 October 2012

ILTIZAM GURU PENDIDIKAN KHAS...


Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi (pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.

Kementerian Pelajaran Malaysia menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan Sekolah Pendidikan Khas untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala Sekolah Pendidikan Khas Integrasi pula adalah untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.

Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.

Sumber: Wikipedia


AIDILADHA 1433H

Bismillah.......
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana kita semua masih lagi berpeluang menyambut Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Kepada umat Islam yang pergi menunaikan haji, semoga mereka mendapat haji yang Mabrur..aminn..
Di sini saya ingin kongsikan sedikit ilmu tentang Aidiladha...

Idul Adha adalah sebuah hari raya Islam. Pada hari ini diperingati peristiwa kurban, yaitu ketika nabi Ibrahim (Abraham), yang bersedia untuk mengorbankan putranya Ismail untuk Allah, akan mengorbankan putranya Ismail, kemudian digantikan oleh-Nya dengan domba.Pada hari raya ini, umat Islam berkumpul pada pagi hari dan melakukan solat Ied bersama-sama di tanah lapang, seperti ketika merayakan Idul Fitri. Setelah salat, dilakukan penyembelihan hewan kurban, untuk memperingati perintah Allah kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih domba sebagai pengganti putranya.Hari Raya Idul Adha jatuh pada tanggal 10 bulan Dzulhijjah, hari ini jatuh persis 70 hari setelah perayaan Idul Fitri. Hari ini juga beserta hari-hari Tasyrik diharamkan puasa bagi umat Islam.

Hadith Zaid ibn Arqam, ia berkata atau mereka berkata: “Wahai Rasulullah SAW, apakah qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Qurban adalah sunnahnya bapak kalian, Nabi Ibrahim.” Mereka menjawab: “Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan.” Mereka menjawab: “Kalau bulu-bulunya?” Rasulullah menjawab: “Setiap satu helai bulunya juga satu kebaikan.” HR. Ahmad dan ibn Majah

proses penyembelihan lembu korban

pengagihan daging lembu yang telah dilapah

Tuesday, 23 October 2012

Didikan dicurahkan di sini....

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BAHAGIA, TELUK INTAN

Blok 1

3 buah blok yang digunakan sebagai tempat pelajar menuntut ilmu

Dataran ilmu

Dataran ilmu 2

Dataran ilmu antara blok

Kelas Pendidikan Khas

Kelas anak-anak didikku

Guru Membentuk Masyarakat Cemerlang

Sesungguhnya seorang guru adalah insan mulia kerana mereka diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat, mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan. 


Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Anas bin Malik: “Sesungguhnya perumpamaan orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan.” 



Diriwayatkan, Imam Malik bin Anas pernah menolak tawaran untuk mengajar di istana bahkan dengan tegas beliau mengatakan, ilmu itu didatangi bukan mendatangi. 

Kisah Imam Malik juga adalah contoh murid yang menghormati guru. Jika ada sesuatu persoalan dikemukakan kepadanya, ia lebih suka merujuk kepada gurunya terlebih dulu. 

Beliau pernah berkata, “Aku tidak mahu menjawab permasalahan ini sebelum aku bertanya terlebih dulu kepada orang lebih alim daripadaku. Apakah pendapatku ini lebih bertepatan dengan kebenaran.” 

Lihatlah sikap merendah diri dan rasa hormat seorang imam dan ulama terbilang seperti Imam Malik. 

Begitu juga yang berlaku kepada Imam Shafie yang amat menghormati gurunya. Beliau pernah berkata, “Malik bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada Imam Malik dan Ibnu Uyainah, maka hilanglah seluruh ilmu ulama negeri Hijaz ini.” 

Saidina Ali juga pernah berkata, “Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku.” 

Dalam menjana tranformasi pendidikan, tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga berperanan sebagai murabbi untuk membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan akhirat. 

Mereka berada di saf hadapan untuk membangun bangsa cemerlang yang akan menentukan sebuah negara maju, aman dan dihormati. Maka, dalam merialisasikan harapan tinggi itu, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian serta maklumat supaya selari kehendak diperlukan bagi mencapai aspirasi negara.




Sunday, 21 October 2012

CORETAN SEORANG PENDIDIK

"Jika manusia dihormati kerana ilmunya, pendidik pula dihormati kerana sumbangannya dalam mendidik dan menabur ilmu. Setinggi mana ilmu seorang guru jika dia lokek untuk menyampaikan ilmunya maka sia-sialah dia sebagai guru."