JellyPages.com

Saturday, 3 November 2012


  Kanak-kanak Berkeperluan Khas  ( Pendidikan Khas )

   Kanak-kanak berkeperluan khas masalah pembelajaran merupakan kanak-kanak istemewa yang dijadikan oleh Allah SWT kerana keistimewaan dan kelainan upaya yang mereka miliki. Kebiasaan ibu bapa, guru atau masyarakat yang berdepan dengan masalah ini akan berasa runsing, tidak selesa dan susah dalam menghadapi karenah mereka. Sepatunya, apabila kita berhadapan dengan fenomena seperti ini, kita perlu insaf dan bersyukur di atas segala nikmat dan kurnian Allah dengan segala kesempurnaan kepada kita berbanding mereka. Kita seharusnya memberi dorongan dan sokongan kepada saudara, ahli keluarga, jiran,  
atau sesiapa sahaja yang berdepan dengan masalah ini, bukan mencemuh, menghina atau bersikap tidak mengambil peduli terhadap mereka. Berilah mereka sokongan, dorongan dan semangat supaya mereka redha dan bersabar serta bertolak- ansur menghadapai kerenah anak-anak istimewa ini.

   Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas (Pendidikan Khas) masalah pembelajaran adalah kanak-kanak jenis/berpenyakit:

* hyperactive
* hypoactive
* down syndrome
* autisme
* dyslexia
* cerebralpalsy/spastik
* terencat akal
* slow leaner yang teruk

Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan pembaca blog sekalian tentang beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan diketahui oleh ibu bapa dalam menguruskan pertumbuhan dan perkembangan anak. Di antaranya ialah:

1. Perhatikan pertumbuhan dan perkembangan anak dari segi fizikal dan psikomotor


2. Pantau perkembangan konitif anak ( 3 M ) dan komunikasi



3. Bantu dan bimbing anak dalam pengurusan diri mereka



                
Jika terdapat sebarang masalah, anda janganlah berlengah atau bertangguh untuk berjumpa doktor supaya anak anda dapat dibantu sebelum terlambat.



No comments:

Post a Comment