Pendapat
Pakar Sakit Puan : Dr Hamid Arshat
Kanak-kanak yang hiperaktif
Daripada
pengalaman saya selama 25 tahun berhubung masalah kanak-kanak,masalah
hiperaktif tidak selalu ditemui di klinik kanak-kanak walaupun di negara maju
seperti Eropah dan Amerika Syarikat.Keadaan ini dianggap sebagai masalah
kesihatan mental yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.
Kebanyakan
kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibubapa boleh dikawal dan
didisiplinkan.Mereka semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8
tahun.Tetapi yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini
menjadi tidak terkawal. Anak tak mendengar kata, asyik dengan
aktivitinya, terlalu resah, tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi (di
tadika,di klinik, di kedai, di taman permainan) dan tidak boleh menumpukan
perhatian kepada sesuatu aktiviti. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Sindrom
Hiperaktif’ atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive Disorder’.
Semakin
negara kita menunjukkan kemajuan sosio ekonomi,serta proses ke arah urbanisasi
yang pesat, masalah kanak-kanak yang tidak terkawal menjadi lebih ketara.Ini
membayangkan bagaimana perkembangan jiwa kanak-kanak telah berjaya dicemari
oleh pengaruh-pengaruh negatif daripada pemakanan, persekitaran, suasana
keluarga dan masyarakat. Proses modenisasi telah mengubah gaya hidup masyarakat
dan keluarga menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan kanak-kanak.Ini
telah menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pencemaran yang boleh
menjejaskan kesihatan kerohanian, mental dan juga fizikal mereka.
Kebanyakan
kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri sindrom hiperaktif lazimnya dibawa
berjumpa para profesionalmenjelang usia 5 tahun. Mereka sudah terlalu kuat
sehingga ibubapa mula cemas memikirkan bagaimana anak ini hendakmenyesuaikan
diri di sekolah sedangkan tadika pun tidak mampumengawal dan
melatihnya.Bagaimana pula masa depan mereka?
Ibubapa
sedar bahawa keadaan ini telah mula membenih dari mereka kecil lagi,mungkin
disedari semenjak anak berusia 2 tahun lagi.Ada yang telah merasakan pergerakan
janin yang terlalu aktifsejak dalam kandungan lagi dan dari bayi tersebut
dilahirkan ibu telah merasakan keunikan dari segi tingkah lakunya.
Pencegahan
lebih penting dari rawatan.Kanak-kanak yang sudah sampai ke tahap yang
ditakrifkan sebagai ‘Sindrom Hiperaktif’ merupakan peringkat yang rumit untuk
dirawat.Penilaian yang komprehensif perlu dijalankan.Ini memerlukanriwayat yang
teperinci dan pemeriksaan fizikal serta menilaian perkembangan intelek dan
emosinya.Kaunseling yang intensifdiperlukan untuk meningkatkan kemampuan
ibubapa melatih dan mengendalikan rawatan anak seperti yang telah disyorkan
olehpara profesional di klinik.Ini memerlukan kesabaran,pengorbananmasa,tenaga
dan kewangan.Kemahiran mengendalikan terapi perludikuasai dan perhubungan yang
rapat dengan pakar-pakar yangterlibat perlu dijalinkan.
Setiap
kanak-kanak hiperaktif memerlukan program rawatan tersendiri memandangkan
kepada kekuatan kekuatan dan kelemahan kelemahan yang ada padanya. Ada
yang memerlukan latihan pengubahsuaian tingkah laku(behavioral modification
therapy), terapi pemakanan, dan ubat ubat untuk mengurangkan keresahan
bergantung kepada keperluan. Yang kurang pendengarannya perlu dikenal pasti dan
di bekalkan alat pendengaran serta terapi manakala yang mempunyaimasalah
pembelajaran diberi latihan khas. Suasana keliling kanak kanak yang sunyi yang
meresahkan mereka diubah dengan adanya orang orang yang boleh memberi perhatian
kepada mereka. Sebaliknya suasana keliling yang bising dan tidak tenteram
serta berkemas hendaklah diubah. Paling penting sekali ialah mempertingkatkan ilmu ibu bapa dan penjaga, membantu mereka memahami jiwa anak
anak mereka dan menyedari dengan lebih mendalam kebolehan dan kelemahan
anak anak mereka. Sikap negatif mereka terhadap anak perlu di kikis.
Redalah dengan ujian yang dihadapi dan berusahalah dengan penuh kesabaran untuk
melaksanakan progrem pemulihan.
Matlamat
rawatan adalah supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan
masyarakat dengan sebaik mungkin. Usaha meningkatkan prestasi intelek serta
membentuk akhlak yang baik mestilah berterusan . Dari masa kesemasa pencapaian
perlu dinilai dan strategi diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan
.
Pencegahan
amatlah penting sekali dan memerlukan ilmu. Pasangan ibubapa perlu sedar akan
betapa pentingnya kesihatan kerohanian,mental dan fizikal mereka sendiri untuk
menghindar penyakit-penyakit pada zuriat mereka.Saya sarankan agar mereka
menimbulkan kekhuatiran mereka tentang sesuatu keadaan penyakit yang boleh
melibatkan janin atau anak mereka dalam sesi kaunseling dengan para
profesional. Janganlah dibiarkan fikiran terlalu dipenuhi oleh sifat cemas dan
was was dengan adanya keadaan-keadaan seperti Sindrom Hiperaktif, Sindrom
Down, Autisme, kecacatan dan penyakit-penyakit yang dihidapi oleh anak
orang lain. Dapatkan penjelasan dan kaunseling dari para profesyenel yang arif.
Insyaallah dengan ilmu,sikap yang positif serta amalan hidup yang sihat,keadaan
sebegini dapatlah dihindarkan.
Berdoalah
sentiasa agar dianugerahi zuriat yang sempurna. Lakukanlah apa yang dituntut
oleh ALLAH s.w.t dan juga RASULULLAH
s.a.w dan jauhilah daripada kesemua larangan yang dituntut oleh hukum syarak.
Hyperactive ( ADHD)
No comments:
Post a Comment